Tuesday 10 July 2012

AKTIVITI SEMPENA PROGRAM TITIAN KASIH

Tarikh Pelaksanaan Program Titian Kasih pada 5 Julai 2012 (Khamis)

Tempat : Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Jalan Haji Manan Kluang, Johor

 Tema Program Titian Kasih "WARGA EMAS DISAYANGI DAN DIHORMATI"

 Pasukan Program :

 1.  Pasukan Kerja JKPTG (P) Ibu Pejabat Putrajaya dan JKPTG (P) Negeri Johor.

 2.  Hospital Daerah Kluang.

 3.  INTAN Kampus Wilayah Selatan, Kluang Johor.

 4.  Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang Johor.

Objektif Program:

Ø   Melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat sebagai satu tanggungjawab
      sosial melalui aktiviti perkongsian ilmu kesihatan, faedah-faedah persaraan
     dan menyediakan sumber maklumat berkaitan perkhidmatan yang
     disediakan oleh kerajaan untuk warga emas;

Ø  Menceriakan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) melalui poster dan sudut
     bacaan dan berekreasi serta perbincangan berkumpulan secara santai ; dan

Ø  Memberi sumbangan bahan-bahan bacaan dan CD untuk santapan minda
     warga emas.
Aktiviti Program Titian Kasih

 1.  Beramah mesra dengan warga emas pelbagi kaum selaras dengan Konsep
      1Malaysia;

 2.  Memberikan khidmat nasihat berkaitan Kenali Ubat Anda dan Pemakanan Sihat Di
      Usia Emas serta Perkongsian Maklumat Berkaitan Kemudahan Yang disediakan oleh
      Kerajaan kepada pesara-pesara kerajaan;

 3.  Menyambut Hari Ulang Tahun Warga Emas  pada bulan  Julai 2012; dan

 4.  Pelancaran BLOG PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) Daerah Kluang
      oleh Pegawai    Kebajikan    Masyarakat Daerah Kluang Jalan Hj.Manan

Aktiviti Bergambar Sempena Pelaksanaan Program Titian
             Kasih Pada 5 Julai 2012 (Khamis)

                
                                                         

No comments:

Post a Comment