Tuesday 3 July 2012

KONSEP

Pusat Jagaan Harian Warga Tua (PJHWT) Daerah Kluang telah mula beroperasi sejak 2.5.2004 di Jalan Haji Manan Kluang. Kedudukannya ditengah-tengah Bandar Kluang memudahkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan di pusat tersebut.

Program Pusat harian Jagaan Warga Tua bertujuan untuk memberi satu kemudahan penjagaan harian kepada warga tua terutama bagi mereka yang tinggal keseorangan semasa ketiadaan ahli keluarga atau penjaga yang keluar bekerja. Dengan cara ini, warga tua dapat terus hidup dengan keluarga sendiri dan penjaga mendapat khidmat sokongan dalam jagaan warga tua yang lebih terjamin. Berbagai aktiviti tua belajar berdikari,  berinteraksi sesama mereka dan dengan masyarakat tempatan, memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta terus dapat menyumbang khidmat sukarela kepada masyarakat.

4 comments:

  1. Bolehkah pusat ini menjaga seorang warga emas yang susah untuk berjalan selama beberapa hari?

    ReplyDelete
  2. Pusat ini hanya lah pusat aktiviti saja..dimana warga nya terdiri dari Warga Emas yang sehat bolih menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain

    ReplyDelete