Tarikh Pelaksanaan Program Titian Kasih pada 5 Julai 2012 (Khamis)
Tempat : Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Jalan Haji Manan Kluang, Johor
Tema Program Titian Kasih "WARGA EMAS DISAYANGI DAN DIHORMATI"
Pasukan Program :
1. Pasukan Kerja JKPTG (P) Ibu Pejabat Putrajaya dan JKPTG (P) Negeri Johor.
2. Hospital Daerah Kluang.
3. INTAN Kampus Wilayah Selatan, Kluang Johor.
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang Johor.
Objektif Program:
Ø Melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat sebagai satu tanggungjawab
sosial melalui aktiviti perkongsian ilmu kesihatan, faedah-faedah persaraan
dan menyediakan sumber maklumat berkaitan perkhidmatan yang
disediakan oleh kerajaan untuk warga emas;
Ø Menceriakan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) melalui poster dan sudut
bacaan dan berekreasi serta perbincangan berkumpulan secara santai ; dan
Ø Memberi sumbangan bahan-bahan bacaan dan CD untuk santapan minda
warga emas.
Aktiviti Program Titian Kasih
1. Beramah mesra dengan warga emas pelbagi kaum selaras dengan Konsep
1Malaysia;
2. Memberikan khidmat nasihat berkaitan Kenali Ubat Anda dan Pemakanan Sihat Di
Usia Emas serta Perkongsian Maklumat Berkaitan Kemudahan Yang disediakan oleh
Kerajaan kepada pesara-pesara kerajaan;
3. Menyambut Hari Ulang Tahun Warga Emas pada bulan Julai 2012; dan
4. Pelancaran
BLOG PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) Daerah Kluang
oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang Jalan Hj.Manan
Aktiviti Bergambar Sempena Pelaksanaan Program Titian
Kasih Pada 5 Julai 2012 (Khamis)